BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 17, 2009

:-: cAnTeK cArA kItA :-:

mase aku belek2 majalah tadi aku terjumpa info pasal kecantikkan...kecantikkan memang tak dapat a dipisahkan ngan wanita...so kat sini aku na share ngan korang serba sedikit la hasil dari pembacaan aku tadi.....

+STRAWBERI
hancurkan beberapa biji buah strawberi
kemudian sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit
bilas wajah dengan air suam
untuk mendapatkan kulit yang tegang,boleh campur adunan tadi
dengan putih telur,satu sudu makan air mawar dan beberapa titis
minyak esensial
+LEMON
tambah satu sudu jus lemon pada putih telur yang telah dikacau
sapukan rata pada wajah dan biarkan selama 10 minit
bersihkan wajah dengan air mawar atau air suam
+BADAM
hancurkan 50gram badam
kacau 3 sudu makan susu penuh krim sehingga sebati
tambahkan dengan 2 titis air mawar
sapukan pada wajah dan biarkan kering
bersihkan wajah dengan kapas dan bilas dengan air suam
+PISANG
hancurkan beberapa biji pisang
tambahkan minyak zaitun
sapukan dan biarkan seketika
kemudian bilas dengan air bersih
+ANGGUR
hancurkan beberapa biji anggur(pastikan dapat 2 sudu makan jus)
tapis jus tadi
sapukan pada wajah dengan menggunakan kapas
selepas 20 minit bilas dengan air mawar
kadang2 buah yang kita makan setiap hari itu banyak khasiat yang kita sendiri tak sedar....ye la mana nak sedar kalau hari2 na makan aje...tanpa tahu khasiat yang terkandung dalam buah2 tu...apa pun selamat mencuba la...aku pon tengah mencuba ni...mane la tau dapat kulit secantik super model (:

0 comments: